Bolehkan anda kongsi kisah perjalanan Tupperware anda bersama kami? Bagaimana ia telah mengubah kehidupan anda? Saya merupakan seorang yang sangat pemalu. Saya tidak boleh bercakap di hadapan orang kerana tiada keyakinan. Saya banyak membuat Tupperware Roadshow sewaktu 2 tahun pertama dalam perniagaan ini kerana ingin mencari peluang di luar serta membina keyakinan untuk bercakap dengan orang. Setelah itu saya terpilih untuk bersama Eagle Program di mana program ini melatih kita untuk bercakap dengan lebih yakin dan menjadi pemimpin yang lebih baik untuk organisasi. Program ini telah mengubah saya 360 darjah kepada Mas Ayuzie yang baharu. Sekarang saya boleh bercakap dengan jelas dan yakin di hadapan ribuan orang. Ya, latihan yang konsisten telah mengubah diri saya. Suami saya mula terlibat dalam perniagaan ini setelah perniagaannya mulai merosot dan tidak menampakkan sebarang hala tuju yang jelas serta bebanan hutang yang makin bertambah. Semenjak itu, beliau mula melihat hasil yang saya dapat melalui Tupperware Brands. Ada sebarang kenangan pahit manis? Terlalu banyak kenangan bersama Tupperware Brands. Semasa saya memulakan bisnes Tupperware Brands, anak saya baru seorang. Selama 5 tahun kami mencuba untuk dikurniakan anak kedua tetapi tidak berjaya. Mungkin disebabkan tekanan hidup pada waktu itu - tidak cukup duit dan sebagainya membuatkan saya susah untuk mengandung. Selepas saya menyertai Tupperware Brands, setahun kemudian saya terus mengandung anak kedua. Saya mengalami alahan yang sangat teruk sehingga tidak boleh tengok Tupperware. Pada masa inilah suami saya mula berjinak dengan perniagaan Tupperware dan menggantikan saya selama 4 bulan. Selepas sembuh saya kembali aktif membuat roadshow sehingga kandungan saya 9 bulan. Anak kedua lahir selepas saya balik dari roadshow dan pada masa itu saya berjaya mencapai tahap 5 Star Director. Sejak itu, rezeki kami melimpah ruah baik dari segi perniagaan mahupun rezeki anak. Saya sangat dikenali sebagai seorang yang apabila mengandung pasti akan naik tahap 1 rank berikutnya. Anak ke-2: 5 Star Director Anak ke-3: Executive Director, Car Achiever & Business Center Owner Anak ke-4: Senior Executive Director Anak ke-5: Presidential Director 4 orang anak Tupperware. Setiap mereka menyimpan kenangan manis serta cabaran di dalam Tupperware Brands. Alhamdulillah. Berapa lama masa yang diambil untuk anda mencapai tahap Presidential Director? Kami serius menjalankan bisnes ini pada tahun 2010 sehingga memiliki Business Center sendiri iaitu Asas Synergy pada tahun 2012. Keinginan untuk menjadi Presidential Director (PD) bermula apabila melihat Ms. Wan mendapat pelbagai kelebihan sebagai seorang PD. Kami mengambil masa 7 tahun untuk mencapai tahap ini. Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui sepanjang tempoh itu tetapi kami hanya berpegang kepada kata-kata Tupperware Managing Director, Ms. Christine, “kuatkan organisasi, pastikan konsisten 1 juta dan rank up. Anda berdua akan dapat merasai kelebihannya.” Alhamdulillah, sekarang organisasi kami stabil, kukuh dan masih berkembang. Apa yang anda lakukan untuk mencapai matlamat anda? Kami bekerjasama rapat dengan setiap leader kami baik dari segi perancangan strategi mahupun aktiviti. Kami banyak meluangkan masa untuk datang ke tempat mereka seperti Kelantan, Sabah, Kedah dan juga Melaka untuk mengenali mereka dengan lebih rapat. Apabila sudah mengetahui apa yang mereka inginkan, ianya lebih mudah untuk bekerjasama. Kami juga sangat mementingkan duplikasi kejayaan. Kami ingin melihat setiap leader di Asas Synergy merasai apa yang telah kami rasai bersama Tupperware Brands. Melihat seorang demi seorang mencapai impian mereka adalah satu kepuasan buat kami. Setakat ini Asas Synergy memiliki 2 Business Centre, 2 Studio, 12 Car Achievers, 20 Executive Leader, 360 Directors dan 15,000 consultants. Apakah pengalaman bersama Tupperware Brands yang tidak akan anda lupakan? Memori yang tidak mungkin dilupakan adalah apabila Asas Synergy dianugerahkan tempat pertama di dunia di dalam kategori Percentage Increase in Recruit pada Jubilee 2017. Anugerah yang tidak di sangka dan tidak pernah termimpi untuk dicapai. Berdiri megah di mata dunia. Dan semestinya apabila dinobatkan sebagai Presidential Director pada Jubilee 2019 dan diarak di hadapan 4500 orang. Perasaan yang amat sukar digambarkan. Apakah rancangan masa depan anda? Mentor dan Idola saya adalah upline saya sendiri iaitu EPD Ms Wan Lye Duan. Beliau telah membina empayar yang sangat besar dan kuat di mana pernah mempunyai rekod jualan 60 juta setahun dengan kekuatan 1000 Director. Ya, jika Ms Wan boleh kenapa tidak saya. Yang penting Jangan Putus Asa. Scan to watch their journey with Tupperware Brands. SPECIAL FEATURES 05
Download PDF file