C ongrat ul at ions to our new Presidential Director MAS AYUZIE & ABBAS SHUKUR Mas Ayuzie menjalani kehidupan yang selesa sebelum menyertai Tupperware Brands. Bahagia berumahtangga bersama suami Abbas Abdul Shukur serta dikurniakan 4 orang cahaya mata perempuan dan seorang lelaki, Mas Ayuzie amat dikagumi oleh rakan-rakannya. Dianugerahkan ijazah sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan ijazah sarjana di dalam bidang Kerjuruteraan Alam Sekitar, kehidupan harian Mas Ayuzie tertumpu hanya pada keluarga dan pelajaran. Sejak mengetahui tentang Tupperware Brands ketika melanjutkan PhD pada tahun ke-3 dalam bidang Kejuruteraan Kawalan dan Automasi, kehidupan Mas Ayuzie mula berubah. Seorang yang dahulunya pemalu, pendiam dan sentiasa bergantung pada suaminya, Mas Ayuzie kini mampu berdiri dengan yakin di hadapan ribuan orang untuk menyampaikan kisah kejayaannya. Abbas merupakan anak jati Selangor dan merupakan anak bongsu daripada 8 orang beradik. Sebelum ini merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia perniagaan. Dialah pencetus idea kepada perniagaan Tupperware Brands. 04 SPECIAL FEATURES Apa yang membuatkan anda menyertai perniagaan Tupperware Brands? Ianya bermula apabila saya menghadiri Parti Tupperware di universiti. Di parti ini, saya mendengar testimoni kejayaan daripada seorang ibu tunggal yang kehilangan suami disebabkan oleh kanser dan terpaksa membesarkan 4 orang anak sendirian. Syukur beliau dipertemukan dengan perniagaan Tupperware Brands. Beliau adalah Elite Presidential Director Ms Wan Lye Duan. Cerita ini yang telah menyentuh hati saya kerana saya 100 peratus bergantung kepada suami. Saya takut bila memikirkan masa depan. Saya inginkan sesuatu yang boleh menjamin masa depan saya.
Download PDF file